Kerjaya Ghaz Abu Bakar

Ghaz mengarahkan filem cereka pertamanya, Hantu Kapcai yang ditayangkan pada 27 September 2012 terbitan Showbiz Productions.[2] Filem yang mengisahkan tentang Ajib, seorang mat rempit yang terdesak melunaskan hutang dengan along, terpaksa berlumba dengan musuh ketatnya, Tiger. Hantu Kapcai merupakan kejayaan komersial luar biasa, ia berjaya meraih kutipan RM3 juta sekaligus mengatasi kutipan filem animasi Hollywood, Hotel Transylvania lakonan suara Adam Sandler dan Selena Gomez dan filem Looper lakonan Bruce Willis dan Emily Blunt, yang ditayangkan serentak pada tarikh sama. Percubaan sulung Ghaz berjaya membuahkan hasil apabila Hantu Kapcai memenangi Anugerah Blokbuster 2013 bagi kategori Filem Terhebat, Filem Aksi Terhebat, Filem Kelakar Terhebat, Hero Terhebat (Zizan Razak), dan Heroin Baru Terhebat (Neelofa).[3]

Pada tahun 2015, beliau mengarahkan filem Cicakman 3 bersama Yusry KRU. Filem lakonan Zizan Razak dan Lisa Surihani.[4] mengisahkan Man, seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak yang mana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu.[5][6] Filem ini merupakan yang pertama dalam trilogi ini yang menampilkan arahan bersama Yusry dan Ghaz serta hasil terbitan tiga syarikat produksi, KRU StudiosAstro Shaw dan Grand Brilliance.

Beliau mengarahkan filem Polis EVO di mana ia menyaksikan Zizan bekerja di bawah arahan beliau buat kali ketiga dan filem pertama Shaheizy Sam di bawah arahan beliau. Ia berkisarkan dua anggota polis, Inspektor Khai dan Inspektor Sani yang mempunyai perwatakan yang sangat berlainan tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.[7] Polis EVO merupakan kejayaan komersial di pawagam, menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama lima bulan dengan kutipan sebanyak RM 17.47 Juta,[8] sekaligus melayakkan Ghaz menerima pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-28 bagi Pengarah Terbaik.

Ghaz mengarahkan telefilem komedi Baby Bro! yang dibintangi oleh Zizan Razak, Shaheizy Sam, Izara Aishah dan Nur Qistina Raisah. Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang pemuda, Joe dan Sham, yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur. Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya, ia menemui penonton di Astro First Eksklusif pada 30 November 2017.[9][10][11]

Rujukan

WikiPedia: Ghaz Abu Bakar http://www.astroawani.com/berita-hiburan/hantu-kap... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/polis-evo... http://www.imdb.com/name/nm4323528/ http://www.rojakdaily.com/skop/article/3902/zizan-... http://www.rotikaya.com/cicak-man-3-tonjol-kelaina... http://www.themediahustler.com/hello/?p=180 http://twitchfilm.com/2014/12/malaysias-lizard-pow... http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/cicakman-3-l... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/rahsia-ghaz-...